Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, July 12, 2013

Seliparku yang kaku

Hari ini telah menandakan pemergian selipar aku yang sangat setia denganku. Al Kisahnya begini. Sebelum solat jumaat, aku telah menyarung seliparku tersebut bagi mengantikan sepatu kerjaku. Adapun begitu selesalah kakiku itu setelah disarungkan dengan selipar kegemaranku itu. Namun sebelum ku melangkah masuk ke dalam kereta waja daus kawan kepada awe yang tinggal kat damansara, secara tiba2 tali yang menyempurnakan selipar itu terputus. Jadi aku pun bersuara, "selipar aku putus weyh". Maka aku pun mengajukan persoalan "Daus, kau ade pin x?" daus membalas "ada kot dalam kotak ni, cari lah". Maka awe (tetibe plak awe) pun mencari pin dan diberikan kepadaku. Aku pun dengan nekad cuba menyambung tali yang terputus itu dengan pin gabak besar weyh. Jadilah macam ni selipar tu: 

Besau pin tuh habaq hang

Itulah dia, riwayat selipar aku yang dah 2 tahun bertapak di kaki aku. haha. Banyak cerita sebenarnya selipar
ni. Selipar ni masa kat UMS dulu slalu hilang. Masa aku baru beli plak tuh hilang. =_=. Pastu masa aku final year lagi gempak dia hilang, sebulan lebih. Aku malas nk layan da, aku carik kat satu rumah yang aku tahu, member kawan rumate aku yg tersayang melepak. Tup tup, jumpalah selipar itu. Jadi aku pun terus simpan elok2 selipar itu selepas guna. Aku ada tanya jugak rumate aku tuh, tp katanya nnt dia nk tanya kawan dia. Xyah la weh, perangai kawan kau tuh aku da masak sangat. Kalau yg nk pinjam gitar tuh lagi la aku xbagi, da bagi pun xreti nak pulang.

Selipar ni sebenarnya banyak mengajar aku pasal hak aku, dan mengajar aku kalau dah memang aku punya mmg org lain xleyh amik. Kalau mmg rezeki aku, kau kulum pun boleh muntah balik, aaa gitulah. Tapi aku xde la kedekut sangat, kalau nk pinjam, cuba la tanya aku dulu. Mana tau aku nk guna. Ini yang guna xckap apa pastu kau ingt aku nk g kafe pakai apa? daun dipterocarp? Jadi sekarang ni selipar ni aku akan buang dan mungkin akan menjadi rezeki orang lain. Mana tau ada yang nk kitar semula?

Assalam ^_^

1 comment:

  1. awe(bkn name sebenar) : saksi yg menyaksikan kejadiaan ni sila tampil ke rumah mak tipah ujung kampung utk memberi keterangan... sekian

    ReplyDelete