Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, July 11, 2013

Antara Latihan Industri & Ramadhon

Minggu ni adalah minggu kedua aku dah menjalani latihan industri kat FRIM. So far so good, and then it gets better and better. Why? Sebab hari ni aku xde keje nak buat dan aku dapat menulis blog. hahah. Di saat semua org tengah sibuk menyapu tahi gajah, mengait buat sawit dan membuat kopi untuk staf, aku di pejabat membongak ngan Awe (teman sepraktikal aku) tengok muvi. haha. Kami da tengok 4 buah muvi, iaitu White House Down, KIL, Despicable Me 1 dan 2. Anda jangan jeles dan jangan report dekat cik lin. :P

Jadi ini adalah Awe @ Azwir. Budak biologi (botani) UKM. Asal Johor, single lagi. muhahaha. 


Aku pun ada jugak jumpa dengan Akaks SPTA namely, Kak Wani dan Kak Yati. Kak Yati datang sini pakai Merc. xley blah. haha. Kak Wani pulak aku slalu amik dia from KTM. Akaks kerja kat bahagian keluaran hutan, aku pulak bahagian perhutanan dan alam sekitar. My Supervisor? There's no need to mention her, I bet most of you already know how she is. :P

Minggu ni pun adalah minggu masuknya bulan Ramadan al-Mubarak. Banyak kali jugak aku macam terlupa yang aku puasa. Aku teringat dulu masa kat UMS ada org bagi aku gula-gula masa puasa, dan aku makan dengan selambanya. Korang ada cerita pasal termakan masa puasa x? Ke buat2 termakan? Aaaaa cer citer. Ramadan kali ini bosan sedikit sebab my besties aren't around dan aku xdpat berbuka awal sebab dulu aku duk kat Sabah. haha, mcm tu eh? Tapi itu xbermakna Ramadan kali ini lebih baik atau buruk daripada yang lepas. Baik atau buruk Ramadan ini terletak pada hati masing2. Bukan tangan mahupun kaki. Yang penting hati, bak kata Ustaz Haslin. 

Assalam~ ^_^

No comments:

Facebook Blogger Plugin: By RNHckr.com

Post a Comment