Friday, October 21, 2011

Nenek! :')

Tanggal 20hb oktober 2011, nenek telah pergi ke rahmatullah. Allah sayang die lagi, walaupun Allah tau aku sayang die jugak. Dua hari sebelum nenek meninggal, nenek demam. Xtau la kenapa, tp keluarga aku da pergi ziarah kejap, g hantar jumpa doktor. Tp orang tua kan, bukan kuat sngat. Lepas sembahyang jumaat tadi da selesai dikebumikan. Aku terkilan sebab xdapat balik. Jauh kot, sape nk support. Tapi aku betul2 nak balik.

Teringat dulu masa aku kecik2, aku ada merengek nak mainan masa kita orang jalan2 kat pasar minggu kat Alor Gajah. Mainan tuh ultraman kot, atas kereta mainan. Biasa la aku dulu mmg suka merengek2, walaupun aku tau xkn dapat. Tapi masa tuh, nenek aku belikan jugak. Mak aku marah sebab membazir, nanti rosak jugak. Aku ingat lagi, benda tuh harga die RM20 kalau xsilap. dan benda tuh rosak akhirnya. Tp masa tuh, walaupun aku kecik agy, aku macam terkesan bila tiba2 nenek aku belikan benda yang macam tuh dan dia kata


Bukan untuk orang len, cucu dan~ bukan selalu". (dan = aku). 



Nenek aku suka buat tapai, dodol, kuih kering dll. Aku lah peminat setia kuih dia. Bila dia buat tapai mesti dia teringat aku. Dia panggil aku Kandar. Xtau kenapa. Kadang2 aku saja je demand nak tapai la, wajik la bila balik kg. Tup2, dia buat jugak. Aku rindu tapai nenek aku, sedap sngt. Bila balik kg masa raya, akan ada org yang akan datang dan nak kueh2 tradisional ni. Kadang2 nenek aku bukan larat pon nak buat. So masa raya hari tuh, xde la kueh mcm tuh. Kalau ada majlis kahwin sapa2, mesti nenek aku buat tapai. Nak derma la, kdg2 jadi la manisan masa jamuan kawen tuh. Ingatkan nak suh nenek buatkan tapai masa orang kahwin nanti, tapi.....sekarang da xde. Sapa nak buat Tapai cm2....

Sejak akhir2 ni, nenek aku suka buat lawak. Xtau la kenapa. Walaupun kdg2 ada org ckap nenek aku da nyanyuk, tp aku rasa x. Ada jugak logiknya apa yang dia cakap. Kdg2 aku gelak2 ngan nenek. Aku suka borak2 ngan nenek. Dulu masa nenek aku duduk umah aku, aku slalu tido ngan nenek aku. Aku xkisah pon. Tp kdang2 bila aku tgok muka die bila nak tidur aku rasa cm sayu je. Mcm ada benda yg dlm fikiran dia. Bila aku dengar ada org marah2 nenek aku, aku tersentap jugak. Dia tuh da tua, nak marah napa?

Dari kecik kalau balik kg mesti time raya je smpai la kiteorng beli rumah kat Melaka. Agak2 mcm sebulan sekali la balik kg. Nenek jalan perlahan tapi aku selalu nak jalan tepi nenek nak pimpin die. Kdg2 nenek xnak, tp aku pegang jugak. Dari dulu nenek selalu ckap

Dan dah xlamo laie.

 Tp slalu aku diam je. Tapi masa raya hari tuh arwah ckap benda yang sama dan aku balas


Dari orang kecik nenek ckap benda yang sama tau, hehe" tp xsangka, taun ni dia betul. 

Aku sangat terkilan sebab xdpat tgok nenek. Orang xdpat balik nek, org xmampu. Tapi orang akan slalu doakan nenek. Sebab dari orang lahir sampai la skrang, nenek orang hanya ada satu. 20tahun je org dpat kenal nenek. Orang ingat da besar orang nak jaga nenek, nak tunjuk kat anak-anak moyang dorang. Rindu nak suapkan nenek, nak carik benda yang lembut2 untuk nenek makan. Sebab nenek da xde gigi. Kadang2 nenek makan nasi ngan garam la, gula la. benda simple2 je. Pagi raya pun nenek xmo pakai baju raya. Balik2 pakai baju lama tuh. Bila org rindu nenek dulu, org senyum je, skrang, perasaan tuh da bercampur.

Kalau balik kampung, antara tujuannya mesti nak jumpa nenek. Tapi sekarang aku nak buat apa balik kampung? Xde tapai, xde wajik, xde kueh kering. Xde org nak suruh2 cat umah. Xde orang nak pujuk aku suruh buat keja kat umah nenek tuh. Xde la nak gossip2 ngan nenek lagi :'). Macam2 kita cerita kan? How i wish u can read this. Bila raya kdg2 nenek suka bagi duit raya lebih. Kdg2 nenek suruh diam2 (da tercerita kat sini) haha. Suka tengok nenek gelak. Bila nenek tgok tv, pas2 ada org mati dalam cerita tuh mesti nenek akan tanya hari ni hari apa. Kalau hari Jumaat nenek akan cakap "sojuk kubo eh". Nenek pon kebumi hari jumaat nek. Harap2 nenek selesa kat bawah sana. Alang akan doakan nenek. Al fatihah~


Nenek sporting habis. Rindu nenek :'(

1 comment:

  1. alang....sedey aku bace alang....papepon..alfatihah....

    Ejatghani...

    ReplyDelete